nuffnang

Thursday, 28 July 2011

Hampir 300,000 pengundi baru daftar dalam tiga bulan


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan 290,665 pengundi baru bagi tempoh April hingga Jun lalu, selain 77,708 pemilih yang bertukar alamat pusat mengundi.

SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata, senarai itu yang dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 kini dipamerkan di 877 tempat di seluruh negara.Lokasi terbabit meliputi pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks atau pejabat kerajaan, pejabat daerah atau pejabat tanah, majlis daerah atau perbandaran, dewan serba guna atau rukun tetangga, balai raya, pejabat penghulu dan dewan orang ramai.Mereka yang baru mendaftar sebagai pemilih atau memohon pertukaran alamat pusat mengundi diminta menyemak daftar tersebut, kata kenyataan itu.Mereka yang namanya tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan menyerahkannya kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh daftar dipamerkan.SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis.Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian 03-88856500 atau faks di 03-88889117 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau layari lamanweb SPR di www.spr.gov.my.



akhirnye...

betol kate pak nujum....


PASUKAN MALAYSIA main bola agak bagus, tapi dari segi tektikal tu kurang cikit... 
 jom kite tak mcm mana 


malaysia ramai lagi pemain bola yang boleh diwakili.... tapi kenapa mereka bertindak seperti ini...
ada penjelasan??

kesalahan yang paling gempak...??
a) kecuaian
b)tektikal
c)semangat
d)keserasian

jom kita sama2 menujum....




gelagat mereka...




SAPE YANG KENA??


Monday, 25 July 2011

Mesyuarat sulung majlis media 'gagal'



Wakil media arus perdana menyuarakan bantahan keras ke atas cadangan kerajaan untuk menubuhkan Majlis Perundingan Media (MPM) dalam mesyuarat rundingan pertama yang diadakan hari ini.

Seorang daripadanya, Datuk Nuraina Samad berkata beliau serta beberapa orang pengarang lain membantah cadangan berkenaan kerana ia dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas akhbar.

"Mereka kata ianya majlis perundingan tapi sebenarnya majlis ini hanyalah satu lagi bentuk kawalan," kata editor pengurusan dan penulis blog itu.

 
Sedangkan media hari ini sudah bergelut dengan dengan soal kredibiliti dan undang-undang sedia ada seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut.

Beliau turut mempertikaikan mengapa pegawai kanan perdana menteri perlu hadir di majlis berkenaan sedangkan wakil media dalam talian tidak hadir.

Turut disuarakan dalam mesyuarat berkenaan ialah kegelisahan pengarang akhbar yang bimbang sekiranya cadangan penubuhan majlis berkenaan akan terus menjejaskan persepsi pembaca, katanya.

"Bagaimana majlis ini akan dapat membantu jualan akhbar?" soalnya.

Mesyuarat sulung itu dihadiri antara lainnya pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Meor Kamarul Shahid serta wakil pengarang dari akhbar berbahasa Cina - Kumpulan Sin Chew.

Lapor balik pada kerajaan
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf itu sepatutnya membariskan sekurang-kurangnya 80 orang pengarang kanan daripada organisasi media cetak dan elektronik, mengikut kertas cadangan yang dikemukakan kepada wakil media sebelum ini.



Kamaruddin juga mengakui, pertemuan yang diadakan hari ini merupakan satu "kegagalan" namun beliau gembira kerana pengarang berkenaan tetap menyuarakan pendapat mereka.

Jelasnya, kerajaan bercadang untuk menjalankan perbincangan secara berperingkat-peringkat dan mesyuarat hari ini melibatkan sebahagian besar pengamal media cetak.

"Selepas ini baru kita panggil media baru, tapi dengan media cetak pun sudah gagal... Saya lapor balik kepada kerajaanlah.

"Ini hanya untuk dapatkan maklum balas tapi saya mahu yakinkan bahawa majlis ini bukan untuk mengawal tapi hanya majlis rundingan. Ia tiada kuasa eksekutif," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini di majlis sama.

Jelasnya, idea untuk menubuhkan majlis media telah dibincangkan sejak tahun 1970-an namun sehingga kini tidak berhasil.

"Sebab itulah kita berharap dengan adanya mesyuarat ini, ia akan membuka jalan kepada penubuhan satu majlis media. Kita cuma mahu menolong, lain tak ada.

"Apa yang kita mahu, supaya (media) ada badan pengawal sendiri... Tapi buat masa ini ianya agak sukar. Tiada orang yang mengambil langkah pemula, jadi kita mahu ada perbincangan dahulu," katanya lagi.

sumber. malaysia kini