nuffnang

Thursday, 28 July 2011

Hampir 300,000 pengundi baru daftar dalam tiga bulan


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan 290,665 pengundi baru bagi tempoh April hingga Jun lalu, selain 77,708 pemilih yang bertukar alamat pusat mengundi.

SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata, senarai itu yang dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 kini dipamerkan di 877 tempat di seluruh negara.Lokasi terbabit meliputi pejabat pilihan raya negeri, pejabat pos berkomputer, kompleks atau pejabat kerajaan, pejabat daerah atau pejabat tanah, majlis daerah atau perbandaran, dewan serba guna atau rukun tetangga, balai raya, pejabat penghulu dan dewan orang ramai.Mereka yang baru mendaftar sebagai pemilih atau memohon pertukaran alamat pusat mengundi diminta menyemak daftar tersebut, kata kenyataan itu.Mereka yang namanya tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan menyerahkannya kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh daftar dipamerkan.SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak warganegara dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis.Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian 03-88856500 atau faks di 03-88889117 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau layari lamanweb SPR di www.spr.gov.my.



akhirnye...

betol kate pak nujum....


PASUKAN MALAYSIA main bola agak bagus, tapi dari segi tektikal tu kurang cikit... 
 jom kite tak mcm mana 


malaysia ramai lagi pemain bola yang boleh diwakili.... tapi kenapa mereka bertindak seperti ini...
ada penjelasan??

kesalahan yang paling gempak...??
a) kecuaian
b)tektikal
c)semangat
d)keserasian

jom kita sama2 menujum....




gelagat mereka...




SAPE YANG KENA??


Monday, 25 July 2011

Mesyuarat sulung majlis media 'gagal'



Wakil media arus perdana menyuarakan bantahan keras ke atas cadangan kerajaan untuk menubuhkan Majlis Perundingan Media (MPM) dalam mesyuarat rundingan pertama yang diadakan hari ini.

Seorang daripadanya, Datuk Nuraina Samad berkata beliau serta beberapa orang pengarang lain membantah cadangan berkenaan kerana ia dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas akhbar.

"Mereka kata ianya majlis perundingan tapi sebenarnya majlis ini hanyalah satu lagi bentuk kawalan," kata editor pengurusan dan penulis blog itu.

 
Sedangkan media hari ini sudah bergelut dengan dengan soal kredibiliti dan undang-undang sedia ada seperti Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut.

Beliau turut mempertikaikan mengapa pegawai kanan perdana menteri perlu hadir di majlis berkenaan sedangkan wakil media dalam talian tidak hadir.

Turut disuarakan dalam mesyuarat berkenaan ialah kegelisahan pengarang akhbar yang bimbang sekiranya cadangan penubuhan majlis berkenaan akan terus menjejaskan persepsi pembaca, katanya.

"Bagaimana majlis ini akan dapat membantu jualan akhbar?" soalnya.

Mesyuarat sulung itu dihadiri antara lainnya pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Meor Kamarul Shahid serta wakil pengarang dari akhbar berbahasa Cina - Kumpulan Sin Chew.

Lapor balik pada kerajaan
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf itu sepatutnya membariskan sekurang-kurangnya 80 orang pengarang kanan daripada organisasi media cetak dan elektronik, mengikut kertas cadangan yang dikemukakan kepada wakil media sebelum ini.



Kamaruddin juga mengakui, pertemuan yang diadakan hari ini merupakan satu "kegagalan" namun beliau gembira kerana pengarang berkenaan tetap menyuarakan pendapat mereka.

Jelasnya, kerajaan bercadang untuk menjalankan perbincangan secara berperingkat-peringkat dan mesyuarat hari ini melibatkan sebahagian besar pengamal media cetak.

"Selepas ini baru kita panggil media baru, tapi dengan media cetak pun sudah gagal... Saya lapor balik kepada kerajaanlah.

"Ini hanya untuk dapatkan maklum balas tapi saya mahu yakinkan bahawa majlis ini bukan untuk mengawal tapi hanya majlis rundingan. Ia tiada kuasa eksekutif," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini di majlis sama.

Jelasnya, idea untuk menubuhkan majlis media telah dibincangkan sejak tahun 1970-an namun sehingga kini tidak berhasil.

"Sebab itulah kita berharap dengan adanya mesyuarat ini, ia akan membuka jalan kepada penubuhan satu majlis media. Kita cuma mahu menolong, lain tak ada.

"Apa yang kita mahu, supaya (media) ada badan pengawal sendiri... Tapi buat masa ini ianya agak sukar. Tiada orang yang mengambil langkah pemula, jadi kita mahu ada perbincangan dahulu," katanya lagi.

sumber. malaysia kini

Sunday, 24 July 2011

RapidKL rugi RM10 juta akibat kecurian kabel






Pengendali perkhidmatan dua aliran transit aliran ringan (LRT) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) kerugian kira-kira RM10 juta akibat kecurian kabel pada sistem semboyannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengurus Besar Bahagian Operasi Rel RaipdKL, Bukhari Mohamed berkata setakat ini terdapat 20 kes dilaporkan membabitkan kehilangan kabel pada sistem itu di semua aliran LRT terutamanya di kawasan Ampang dan Sri Petaling.

"Tahun lepas RapidKL mengalami kerugian RM15 juta akibat kehilangan kabel sistem itu yang menjejaskan sistem perkhidmatan LRT terutamanya di aliran Ampang," katanya kepada media di sini selepas menyertai program Latihan Kecemasan 2011 di LRT Sungai Besi, yang berakhir kira-kira pada pukul 1 pagi hari ini.



"Pencerobohan ini menyukarkan sistem operasi perjalanan LRT terutamanya dalam aspek perjalanan, kelajuan dan jarak masa," katanya.

Mengenai program latihan kecemasan itu, Bukhari berkata program itu turut melibatkan kerjasama antaranya pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi memberi pendedahan kepada kakitangan RapidKL ketika berhadapan dengan situasi kebakaran di stesen LRT. 

"Ini adalah latihan kebakaran pertama bagi tahun ini yang melibatkan 300 orang kakitangan RapidKL termasuk anggota polis dan bomba. Kita juga merancang untuk membuat latihan ini di LRT Kelana Jaya pada bulan September tahun ini," katanya.

RapidKL juga merupakan pengendali perkhidmatan bas RapidKL dan bas perantara.



kemudahan rapid KL...





laluan rapid kl









Saturday, 23 July 2011

tektikal @semangat...

memang syok kalau menujum....





cerita tentang games malaysia hari ini sape yang salah, tgk separuh masa mcm nak marah je...


separuh masa kedua sedap la cikit dapat rapatkan kedudukaan tetapi tembus jugak.. Adoi...




ape comen jurulatih negara kite mengenai pretasi malaysia sekarang....

............................................................................................................
..................................................................................................
............................................................................

Skuad Harimau Malaya tewaskan 5-3 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan pertama bola sepak pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar di sini, sebentar tadi. 

Skuad negara yang ketinggalan 4-1 pada separuh masa kedua bangkit merapatkan jurang jaringan dengan meledakkan dua gol pada separuh masa kedua bagi mencatatkan keputusan 4-3 pada satu ketika.
Malaysia yang kehilangan ketua pasukan, Safik Rahim selepas dilayangkan kad merah mula menunjukkan keyakinan mengawal permainan sebelum Singapuran menjaringkan satu gol menjadikan keputusan 5-3.

Pasukan Singapura turut bermain 10 orang selepas pemainnya, Ismail Yunos dilayangkan kad kuning kedua apabila mangasari pemain negara. 

Keputusan itu masih membuka peluang kepada pasukan negara untuk layak ke pusingan seterusnya sekira mampu menewaskan pasukan Singapura dengan jaringan tiga gol dan mengagalkan pasukan lawan mendapatkan jaringan pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini. 

Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura: 

(Jaringan gol) Malaysia 3 (Mohd Safee Sali 1', 71'; Amirul Hadi Yahya 70'); 

Singapura 5 (Aleksandar Duric 7', 82'; Qiu Li 22'; Mustafic Fahrudin 44'; Jia Yi Shi 45'+1) 

(Kad) 
Malaysia: Ahmad SAARANI (37' kad kuning); Safiq Rahim (50' kad merah) 

Singapura: Ismail Yunos (19' kad kuning); Qiu Li (39' kad kuning); Ismail Yunos (55' kad merah selepas mendapat dua kad kuning)

Friday, 22 July 2011

Malaysia vs Singapora



Malam ini, barisan Harimau Malaya diketuai Safiq Rahim dan Shahril Ishak (kiri) akan turun berarak membimbing rakan pasukan masing-masing masuk ke Stadium Jalan Besar dengan misi sama - menang dan membawa modal selesa bagi perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia zon Asia di Kuala Lumpur pada 28 Julai ini.


KETUA pasukan Malaysia, Safiq Rahim (kanan) dan Ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak.

Tidak dinafikan kedua-dua kapten berkenaan harus berperanan besar dalam perlawanan getir itu nanti yang membabitkan pertemuan dengan dua pasukan tetangga yang kaya dengan tradisi pertembungan sesama mereka. Dengan tiket sudah habis dijual, sorakan antara penyokong kedua-dua pihak yang sudah lama ‘tidak berperang’ akan kembali mencetus bahang saingan yang membabitkan ego tinggi masing-masing.

Harimau Malaya dengan prestasi terpuji kebelakangan ini memiliki segala ruang untuk menang dan apa yang pasti seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan pasukan kesayangan mereka untuk pulang bak wira dari gelanggang lawan.


Sudah serasi padang tiruan: Singapura

MISI dendam dan sifat yakin kedua-dua kapten pasukan sudah mula mencetus bahang saingan hangat menjelang perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura, malam ini. 
Sambil kapten Malaysia, Safiq Rahim akur betapa dia mahu membalas dendam kalah dua kali kepada lawan dari seberang, rakan sejawatannya dari negara republik itu, Shahril Ishak beranggapan faktor kelebihan beraksi di gelanggang sendiri serta keserasian bermain di padang tiruan mampu memberi kelebihan.

Bagi Safiq dia akui tetap kecewa dengan kekalahan walaupun empat tahun sudah berlalu iaitu pertama pada Piala Tiger 2007 menerusi penentuan penalti 5-4 dan kepada lawan sama dalam Sukan Sea 2007.

“Saya tidak mahu tewas lagi kepada Singapura. Cukuplah dua kali,” tekad perancang kelahiran Negeri Sembilan berusia 24 tahun itu, semalam.

Sementara itu, Shahril pula mengingatkan rakan sepasukan lebih berwaspada supaya gawang tuan rumah tidak dibocori walaupun memiliki kelebihan di halaman sendiri.

“Sekiranya kami mampu membolosi gawang lawan, sudah tentu kami berada dalam kedudukan selesa. Tetapi apa yang lebih penting, kami tidak mahu gawang kami ditembusi dalam perlawanan esok (malam ini),” katanya semalam.

Dia yang pernah beraksi dengan kelab Indonesia, Persib Bandung pada musim 2010/2011 akur keupayaan skuad Harimau Malaya tidak boleh dipandang rendah.

“Walaupun mereka dibarisi majoriti pemain muda, tetapi mereka mempunyai kualiti. Malah, mereka sudah membuktikan kemampuan dengan menjulang Piala Suzuki AFF,” katanya.



Tidak perlu motivasi tambahan: Rajagobal

AURA sejarah dan tradisi membabitkan pertembungan Malaysia serta Singapura diyakini mampu memberi motivasi terbaik kepada barisan Harimau Malaya membaham skuad Singa dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam ini.

Pada firasat ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dia tidak perlu memberi motivasi tambahan kepada barisannya kerana mereka mengerti betapa penting dan bermakna sekiranya menewaskan negara jiran itu.

“Setiap kali menentang Singapura, ia sebenarnya sudah cukup menjadi motivasi kepada pemain. Jadi, saya yakin mereka sudah sedia menghadapi perlawanan malam esok (malam ini),” katanya semalam.

“Saya sentiasa positif terhadap keupayaan pemain dan jika kami mempunyai peluang memenangi perlawanan itu, mengapa tidak kami merebutnya untuk membolehkan kami lebih selesa menghadapi perlawanan kedua di halaman sendiri.”
Berdasarkan rekod, kali terakhir Malaysia menentang Singapura dalam perlawanan persahabatan di Petaling Jaya yang menyaksikan perlawanan berkesudahan seri 2-2 pada 2008.


Dalam perlawanan kompetitif terakhir, skuad negara tewas dalam saingan separuh akhir Piala Tiger 2007 dan kemudian Sukan Sea tahun yang sama. 




Pasukan Malaysia


PASUKAN Malaysia menjalani sesi latihan yang dipimpin jurulatih kesihatan, Martin Stano menjelang pertembungan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar dekat Singapura, hari ini


pak nujum berharap malaysia seri sahaje mlm nie... kalau menang terbaik punya..

jom menujum

sepakan panalti controversi.

Dipermainkan atau dimainkan.....
reaksi anda macam mana.....



mari munujum

Malaysia Rugi ??

PENYELUDUP dari Kalimantan Barat bebas membawa keluar barangan subsidi kerajaan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum ke Entikong dan Aruk, Kalimantan melalui CIQ Tebedu dan Biawak, Sarawak.


Penyeludupan barang bersubsidi berleluasa di CIQ Tebedu, Biawak

KUCHING: Penguatkuasaan lemah di pintu sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu dan Biawak, dekat sini dipercayai punca kegiatan penyeludupan barangan subsidi dari negara kita ke republik itu menjadi-jadi dengan nilai kerugian dianggarkan sekurang-kurangnya RM10 juta sebulan.







Barangan seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan gas memasak yang diseludup itu dijual semula pada harga dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi dengan sindiket penyeludup mengaut untung mudah ratusan ribu ringgit setiap kali melakukan kegiatan terbabit, sedangkan di negara sendiri kadang kala berlaku kekurangan bekalan barangan berkenaan.



sumber; berita harian

mari menujum....

spider man sesat...???



Zaman kini masih ada mereka yang teramat kurang bijak atau pandai mari kita saksikan.....


mari menujum...

Malaysia negara ke-19 paling selamat di dunia – GPI 2011


KUALA LUMPUR 22 Julai – Berita baik untuk rakyat Malaysia yang cintakan keamanan kerana kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.
Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.


Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.


Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei.

Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.
Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran — daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia

jom layan.....



and...


jom menujum........

kita bermula dari sini.....

Huruf ialah unsur dalam sesebuah sistem tulisan abjad. Setiap huruf dalam bahasa bertulis lazimnya dikaitkan dengan satu fonem (bunyi) dalam bahasa lisan yang bersamaan. Aksara-aksara dalam tulisan awal lebih baik dipanggil silabogram (yang melambangkan suku kata) atau logogram (yang melambangkan perkataan atau ungkapan). Beginilah konsep penulisan mampu menjadi antara ciptaan terhebat dalam sejarah peradaban manusia (Robinson 2003), dan demikianlah kesan huruf dan abjad terhadap masyarakat. Huruf membolehkan manusia saling berhubung melalui surat-menyurat di merata dunia.

Bahasa isyarat



Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seorang penutur. Bahasa isyarat berkembang di kalangan komuniti pekak @ tuli, dan juga digunakan oleh suadara-mara penutur pekak, serta jurubahasa isyarat.

Bahasa isyarat merupakan bahasa yang, tidak menggunakan pola bunyi, sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi manual, bahasa badan) untuk memberi makna—serentak dengan gabungan bentuk tangan, orientasi dan pergerakkan tangan, lengan, atau badan, dan raut muka untuk menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.
Bilamana terdapat komuniti orang pekak, bahasa isyarat wujud. Tatabahasa spatial amat berbeza dengan tata bahasa pertuturan.[1][2] Sebagai contoh, berikut adalah tatabahasa Bahasa Isyarat Malaysia yang biasa digunakan oleh komuniti Pekak di Malaysia;

Sejarah Bahasa Isyarat
Salah satu rekod penulisan terawal bahasa isyarat berlaku pada abad ke lima BC, di Cratylus oleh Plato, di mana Socrates berkata: "Sekiranya kita tidak memiliki suara atau lidah, dan ingin menggambarkan sesuatu semasa sendiri, tidakkah kita akan cuba membuat isyarat dengan menggerakkan tangan, kepala, dan seluruh badan kita.

Seperti bahasa tuturan, bahasa isyarat berbeza mengikut lokasi dan rantau. Namun, kefahaman menyaling adalah lebih mudah antara dua bahasa isyarat berbeza berbanding dengan dua bahasa pertuturan yang berbeza. Terdapat bahasa isyarat yang berjaya diiktiraf sebagai satu bahasa (seperti Bahasa Isyarat British) , bahasa rasmi (sepertiBahasa Isyarat New Zealand)dan Bahasa Isyarat Malaysia; ada juga bahasa isyarat masih belum mendapat pengiktirafan langsung.
Kemajuan bahasa isyarat di dunia boleh dibuktikan dengan kemunculan dan perkembangan dalam puisi bahasa isyarat dan juga persembahan pentas yang lain.
Di Malaysia, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi untuk Komuniti Pekak. Ianya telah mendapat persetujuan dari Ahli Dewan Rakyat dan termaktub dalam Akta OKU 2008



Daripada abjad kepada isyarat tangan, ia memberi seribu makna kepada yang ada di dalam dunia ini. hargailah apa peluang ini kerana kita tidak akan melihat lagi peluang yang sama seperti ini.



cara mereka berkomunikasi.


dan lagi.....


ketika tadika, cikgu selalu ulang huruf ini, tapi bila dewasa baru kita perasan ape yang dilakukan guru tadika merupakan satu permulaan yang bersejarah kerana dari situ kita mengenal segalanya.


HURUF/ABJAD RUMI

Abjad Rumi, juga dipanggil abjad Latin, merupakan sistem tulisan abjad yang paling meluas digunakan di dunia hari ini. Rumi berasal dari perkataan dalam bahasa Arab, Rumiyah (رومية) yang bermaksud empayar Rom, huruf latin dipanggil abjad rumi kerana ianya digunakan oleh empayar Rom pada ketika itu. Abjad Rumi asas mengandungi 26 huruf[1], iaitu dari A hingga Z. Ia digunakan, dengan sedikit pengubahsuaian, untuk hampir semua bahasa Eropah (kecuali beberapa negara Eropah Timur), AmerikaAfrika sub-Sahara dan Kepulauan Pasifik.
Setiap konsonan dalam Rumi, disebut seperti konsonan latin. Pada kurun ke-17, dibawah pengaruh empayarBelanda dan British semasa penjajahan dan pencerobohan yang dilakukan oleh mereka, sebutan dalam rumi telah diambil alih daripada bahasa Arab ke Latin.



Tulisan Jawi (توليسن جاوي) 

adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di MalaysiaFilipina dan Indonesia

SEJARAH
Tulisan Jawi di gunakan hanya selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan terawal yang digunakan di Nusantara adalah tulisan Pallava Grantha yang berasal dari India selatan. Tulisan ini telah berkembang sejak zamanKerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan MelakaKerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagiNegeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di JohorKedahKelantanPerlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa PortugisBelanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.



mari kite hayati nyayian kanak-kanak ini.



fuh... belajar dari kecil lagi terbaik... 

kanak-kanak ini diajar mengaji dari umur 6 tahun.


kanak-kanak ini pula mengenal huruf dari 2 tahun


pembelajaran berteraskan kesungguhan memberi kejayaan dalam kehidupan.

mari menujum....................